Sunday, March 6, 2011

My Asam Pedas...Linda Onn

Memang dah lama dah Linda Onn bukak kedai ni tapi baru first time pi hari tuh. Kitorang cari2 barang kat Tesco tapi tak dapat apa yang dicari sampai perut pon dah berkeroncong anna rafali. Daripada asek pegi mamak, nak tukar selera pulak he he he.

Walaupun ada blog yng komplen pasal service restoran nih (yang kat Tesco Ampang tu la) tapi masa kitorang pi, ok jerr. Mungkin sebab tak ramai orang. Sebab nak cepat dan lapar giler, kitorang ikut jer apa yang waiter to rekomen. Combo set for two @ RM39.00. Ok lah tuhh..meh tengok apa ada dalam kombo set ni. Tadaa...




wow besarnya tempat nasi! sorry ehhh..kat dalam ada dua jemput nasi je (just enough for two)



tu la nasi yang ada kat dalam bekas kat atas nun + telur dadar, masak asam ikan pari, kailan goreng ikan masin, sotong bakar dan ulam2 + sambal belacan. Ada lagi..2 gelas sirap ais + 2 dessert




telur dadar pon ada...he he he fav ni



sambal belacan pedas giler tapi ummphh!




masak asam kaw yang kurang minyak




sotong bakar ni ok jugak especially sambalnya



dessert - ice cream + jelly (masam2 manis)

Kesimpulan selepas kenyang - boleh la makan lagi....sekali sekala

SAYASUKA

No comments:

Post a Comment