Showing posts with label SAYASUKA Makan. Show all posts
Showing posts with label SAYASUKA Makan. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Fungus hitam, cendawan telinga, telinga pokok

Nak story pasal fungus hitam (makanan kegemaran kitorang semenjak dua menjak ni..). Fungus hitam ni juga dipanggil cendawan telinga, telinga pokok atau telinga awan (sebab bentuk dia macam telinga). Tumbuh di atas kayu2 mati dan akan mengembang berganda-ganda bila direndam membentuk seperti tompok2 awan. Tak reti nak explain - senang tengok gambar2 kat bawah nanti.

Fungus hitam ni biasa digunakan dalam masakan2 cina secara tradisi turun temurun sampai la ni. Ia dikatakan mempunyai anticoagulant yang menghalang pembekuan darah dalam saluran darah (bukan la darah tak beku kalau luka..jangan suspen) dan sumber iron/zat besi. Kekurangan iron dalam darah boleh menyebabkan badan cepat letih sebab ia juga bermakna tak cukup oxygen dalam darah. Selain daripada tu fungus hitam ni juga kaya dengan protein, vitamin D, B1 & B2 dan juga dikatakan mengandungi dua kali ganda calcium berbanding dengan susu. Secara tradisional, masyarakat cina makan fungus hitam untuk melancarkan perjalanan darah. Semua benefit tu disebut kat sini

 Walaupun manfaatnya banyak juga tapi cendawan hitam ni kurenggggggggggg sedap atau memang tak sedap lansung hihihihi. Cendawan ni tak ada taste macam cendawan2 lain. Habis tu, apasal saya suka pulak? Ni nak habaq ni.....Biarpun cendawan ni tasteless tapi ia akan absorb rasa apa yang kita masak - kira dia ni pak turut la..kalau campur sup ayam, dia akan rasa sup ayam, kalau campur ikan, rasa ikan dan seterusnya..hatta kalau campur dengan maggi macam kat sini fungus ni pun ikut la rasa maggi tu. Jadi apa nak kisah kalau fungus ni tak sedap? Lagi satu yang paling saya suka ialah kekenyalannya semasa dikunyah (macam 'gearbox' pulak)

Nak beli kat mana? Rasanya, semua pasar2raya ada menjual fungus hitam ni. Kalau kat Tesco, ada yang fresh (tak yah nak rendam2) dan ada yang kering (lebih jimat sebab bila rendam jadi banyak). Pada pengamatan saya ada yang 'telinga nipis' ada yang tebal sikit - saya lebih suka yang nipis sebab lagi syok nak kunyah.



sejemput fungus hitam kering sebelum direndam



ready to go...123 soak!



selang beberapa minit kemudian (dalam 15-20 minit)



tu dia...dah banyak kan



sampai tak muat bekas, ready untuk dimasak




tadaaaa, kali ni fungus hitam + sup ikan dory :) - chop chop saya tak masak semua yang kat atas tu tau..balance yang dah kembang tu simpan la dalam fridge..untuk santapan esok2 pulak

SAYASUKA

Thursday, March 10, 2011

Go Genting cari makan

Kat Genting memang banyak tempat makan2. Maklumla sejuk2 macam kat sini memang best makan2 dan cepat pulak rasa lapar. Bagi kitorang, tempat best ialah kat Kopitiam or food court di aras 2B kat area First World. Kenapa best?
- sebab banyak tempat duduk
- less crowded
- less common (e.g. KFC, Burger King, Marry Brown, Kenny Rogers dll tu kat bawah pun ada maa...)
- banyak pilihan
- ada sijil halal (tak semua kaunter ada ehhh..)
- ada Thai food (yang ni special punya)




mee hun tom yam @ RM 9.90/bowl + GST RM1.00 - sedap giler dan banyak cengkadak especially kepala sotong kegemaranku, fillet ikan (bukan fish cake tau, ori punya ikan yang macam rasa ketam pun ada hahaha..confuse, tapi memang sedap)




bubur nasi + century egg @ RM 8.80 (yang ni biasa saja, Idin yang order hehehe)



tengok..Idin pun suka tomyam ni walaupun dia tak suka kepala sotong




siap kasi habis lagi..huhuhu
Kesimpulan selepas kenyang - mesti nak makan tomyam ni lagi




Opera & Tiramisu cake

Sebelum balik, sempat ber supper di Bakery Express (masih kat area First World). Harga kek2 lebih kurang
@ RM 5.00/pc tapi terkejut beruk masa bayar total for 2 slices cuma RM4.50 saja!! Rupa2nya diskaun 50% hehehe Alhamdulillah....
Memang diorang tak announce tentang diskaun ni, langsung tak de tulis kat mana2 & waiter tu pun tak bg tau except printed on the receipt saja. So kitorang buat kesimpulan, selepas 9.30 dapat half price dan hanya orang yang besa beli saja tau. Masa kitorang tengah menikmati kek tu, ramai staff2 Genting datang borong kek2 sbb diorang mesti la tau dan dah besa borong after 9.30pm :)



yummy @ 50% diskaun

Kesimpulan selepas makan - nak cuba lagi next time and make sure beli selepas 9.30PM, agak2 ada diskaun lagi ke? :)


SAYASUKA

Sunday, March 6, 2011

My Asam Pedas...Linda Onn

Memang dah lama dah Linda Onn bukak kedai ni tapi baru first time pi hari tuh. Kitorang cari2 barang kat Tesco tapi tak dapat apa yang dicari sampai perut pon dah berkeroncong anna rafali. Daripada asek pegi mamak, nak tukar selera pulak he he he.

Walaupun ada blog yng komplen pasal service restoran nih (yang kat Tesco Ampang tu la) tapi masa kitorang pi, ok jerr. Mungkin sebab tak ramai orang. Sebab nak cepat dan lapar giler, kitorang ikut jer apa yang waiter to rekomen. Combo set for two @ RM39.00. Ok lah tuhh..meh tengok apa ada dalam kombo set ni. Tadaa...




wow besarnya tempat nasi! sorry ehhh..kat dalam ada dua jemput nasi je (just enough for two)



tu la nasi yang ada kat dalam bekas kat atas nun + telur dadar, masak asam ikan pari, kailan goreng ikan masin, sotong bakar dan ulam2 + sambal belacan. Ada lagi..2 gelas sirap ais + 2 dessert




telur dadar pon ada...he he he fav ni



sambal belacan pedas giler tapi ummphh!




masak asam kaw yang kurang minyak




sotong bakar ni ok jugak especially sambalnya



dessert - ice cream + jelly (masam2 manis)

Kesimpulan selepas kenyang - boleh la makan lagi....sekali sekala

SAYASUKA

Sunday, February 20, 2011

Resepi sempoi

Sebab hari ni Sunday, besanya para suri2rumah akan masak special untuk family diorang. Bagus2.. keep up the good work. Bagi anak2 (besa kita dengar..) masakan yang paling sedappppp ialah masakan mak. Bagi saya pun camtu, masakan mak lah yang paling best! Idin pulak semestinya dia kata masakan umi dia yang paling enak dan dia tak akan makan benda2 yang umi dia tak pernah masak sehingga saya berjaya twist selera dia (tapi tak 100% ler, masih ada makanan yang dia tak makan). Kalau tanya dia, e.g, "apasal tak makan ikan pari?" Jawapan standard, "Umi tak pernah masak". Hek eleh..kot ya pun umi tak pernah masak, apa salahnye cuba rasa2 and tukar selera. Bab ikan pari dah berjaya disettlekan so dia dah pandai makan ikan ni sekarang (dah jadi suka la pulak). Yang lain2 macam paru, perut, gear box (lembu la ni) ikan keli, pedal ayam sampai la ni masih belum berjaya ditwist...(sorry aaa...ini bahasa2 rojak)

So para emak2, berbanggalah bila masak sebab anak2 pasti suka masakan emak..

Apasal tajuk lain cerita lain? Ohhh...kat atas tu intro jer..sebab resepi ni terlalu sempoi jadi intro kena panjang sikit he he he.

Resepi ni paling senang dah boleh dimodify mengikut citarasa. Terhasil semasa saya teringin nak makan maggi berkuah tapi tak de stock (masa tu saya tak kerja, rumah pulak jauh dr kedai, so bayangkan lah betapa daif nyer hehehe) - yang ada hanya maggi goreng 'Sedap'.

Ok let's start now;

maggi goreng 'Sedap' convert ke mee bandung
sebungkus atau 2,3 (ikut suka) maggi goreng 'Sedap', perasa biasa (maggi goreng lain tak pernah cuba lak)
sos tomato, sos cili pun boleh (klu ada dua2 lagi best)
sos tiram
kicap (sikit jer) - manis ke, masin ke, cair ke..ikut selera masing2 atau pun belasah apa yng ada
telur
buah tomato
sayur2an (sawi ke, kobis ke..carrot.. cauliflower ke..apa2 jer la yang sewaktu dengannyer)
sotong, udang, ayam, daging (optional, tak de pun tak per)

Rebus air cam besa (pandai2 la agak yng mana nak masukkan dulu mengikut kadar kecepatan-empuk bahan2 tu, e.g kalau ada daging kena rebus daging dulu lerr). Lepas tu masukkan maggi, sayur2 dan semua perencah2 maggi tu - tambah air mengikut banyaknye bahan2 nak letak. Then masukkan la sos2 yang tersebut kat atas tu mengikut selera tapi elok sos tomato lebih sikit. Kalau tawar, tambah le garam beb.

Last masukkan tomato and telur..tadaaaaa!!! dah siap. Walaupun umi dia tak pernah masak cam ni, tapi Idin bedal gakkk..hohoho




Apasal ada hitam2 tu? Isy2..sayur kan optional, so masa ni ada fungus/cendawan hitam jadi belash jer lah
(saya akan citer pasal fungus ni dalam posting lain plak)

SAYASUKA

Saturday, February 12, 2011

Conteng-conteng sambil makan di Marche, Renaissance KL

Pelik jugak bila nampak 'secawan' crayon kat atas meja. Tak kan nak makan crayon kot? Pas tu baru perasan yang alas meja tu dilapik ngan kertas..hek eleh..macam kat tadika jer..

Rupanya ada promosi (nampak drawings ditampal kat dinding masa nak pi jumpa cik Tan%#s) tapi sampai la ni, saya tak faham apa jenis promosi macam ni. Walaubagaimanapun...saya ambil kesempatan la conteng2 macam budak tadika sebab tak pandai buat drawing hihihi

Jeng jeng jeng...apa yang saya conteng? Scroll...scroll ...scroll...








































SAYASUKA

Saturday, January 22, 2011

Kopi kawwww di Coco Cafe

Hubby saya peminat kopi nombor 1! Soalan favourite dia "Ina nak minum?" ha ha ha sebenarnya dia yang nak minum. Saya kalau seminggu tak minum air panas pon tak pa..no hal. Favourite saya hanya air putih, air biasa la tu or skye juice. Dulu masa kecik2 kalau mak buat air teh satu teko, sampai petang pon tak habis..last2 abah yang kasi perabis sebab tak kasi chan pada cik2 mut aka semut. Saya dan adik beradik memang tak berapa suka air panas. Contrastingly, side hubby saya, diorang suka air panas, teh ke kopi ke or apa2 jer la, janji air panas! Almost all his siblings campur anak2 buah pon suka air panas..kira it runs in the family lah! So bila hubby tanya "Ina nak minum?" itu tak lain tak bukan, dia nak pergi mengopi or mengeteh la tu. Tak la nak melepak kat Starbuck ke Coffebean ke..mamak pon dah OK. Below is one of his favorites tempat mengopi other than mamak.


                             Kluang Coffe - Kopi kegemaran


                     Mmmm roti pun sodapp


makcik ni mesti la ada, maklumla peneman setia, besanya saya curi sikit
kopi dia so dia kena order besarr punya :)

SAYASUKA

Weekend menu

Our weekend menu is deep fried dory with tempura + lemon - it's boneless, less hassle, simple, fast and yummy! 500gm 1kg dory costs about RM6 ++ in Tesco or sometimes only RM5 ++, mixed with the cheapest packed tempura flour available also in Tesco (i'm not promoting..), about RM1 ++. Sprinkle some lemon juice evenly and tadaaaa...it's ready !! Of course need to deep fry the fish first :)

   for 1kg (RM6 ++) you can get 2 sets of the above
                              with mushroom sauce

* i'll write about steamed dory next time - it's very simple to make and yummy too

SAYASUKA

Friday, January 14, 2011

Salah bedal

Fuyyyooo....letih betul hari ni! Kitorang pindah opis, from Jaya One ke Sec. 19 pulak. Menimbun harta benda opis kena angkut turun. Ingatkan ada general worker, rupanya kitorang jugak yg jadi mangsa..Company betul2 nak jimat cost! Alahaii sabar je la.

Back to story hari ni, tengok2 dlm draft ada gambo2 ni so layan je laa he he he.
Teringat dulu masa makan ngan adik di Sushi King (dekat Low Yat Plaza). Lepas dah order, kitorang bedal je la apa yg waitress tu bawak. Masa sibuk makan tu, waitress tu antar salmon sashimi lak- masa tu terfikir gak.."amboi boleh tahan gak adik aku ni..mentang2 la kat uitm belajar bahasa jepun, pandai gak makan sashimi" he he he. Bila dah habis sashimi tu kitorang bedal, tetiba, terdengar makwe (dia dngn anak2nya) kat sebelah kitorang tanya waitress "where's my salmon sashimi??". Rasa pelik gak sebab dia sampai dulu tapi apasal kitorang dapat dulu? dah habis bedal pon...Saya tanya adik "Ja, ko order sashimi tadi eh?". Adik cakap "uhhh bukan kk long yng order ke?" ha ha ha ha..ni sure kes waitress tu salah letak sashimi tu kat meja kitorang. Tak lama kemudian, makwe dan anak2nya pon dapat la sashimi dia...tau apa dia cakap kat waitress? Dia kata.."I don't want this sashimi, this is not fresh! This is iced salmon. I want fresh salmon!"
Hek eleh...Kalau nak salmon fresh gi tangkap sendiri laarr..!

*Akikosan bagi tau, salmon ni setaraf ikan kembung jer kat Jopun nun



              ni untuk saya, macam x cukup jerr


               ni untuk idin - mesti nak cilok sikit
(besanya kami tak pernah order makanan yg sama so boleh tukar2 maa..)


     Alhamdulillah...dah licinnn - jangan membazir...
(tak kisah ler orang nak kata apa, setiap kali makan
                      mesti kasi licinnnn)


siap berpeace2 pulak. Cunnya makwe ninja tu, jumpa lagi ye



SAYASUKA